Prof. Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia

Prof. Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri
Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberikan kepada kita nikmat yang tidak terhingga, selawat dan salam ke atas kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh pengikutnya sehingga Islam tersebar ke seluruh muka bumi Allah s.w.t.

Dikesempatan ini, saya berharap agar seluruh ahli Persatuan Intelektual Muslim Malaysia sentiasa mendapat hidayah, rahmat, petunjuk dan inayah daripada Allah s.w.t. Disamping sentiasa menjadikan diri sebagai insan yang bertaqwa dan meletakkan segenap kehidupannya kerana Allah s.w.t sehingga mampu memberikan sepenuh harta, tenaga dan buah fikiran dalam memperkasakan pendidikan Islam yang mampu mendidikan ahli masyarakat agar sentiasa istiqomah dalam mencapai kecemerlangan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia telah mencapai 5 tahun penubuhannya telah memberikan banyak perkembangan baru terhadap pendidikan Islam di Malaysia. PIMM telah mengorak langkah pada mulanya sebagai kelab sehinggalah tertubuh hingga ke hari ini. Jumlah keahlian PIMM telah mencapai 74 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai institusi pendidikan membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan Islam sama ada di peringkat rendah, menengah, insitut pengajian tinggi awam mahupun swasta. Pengalaman PIMM dalam penerbitan, penyelidikan dan perundingan dan pengumpulan  bahan bacaan boleh mempertingkatkan kualiti kesarjanaan dalam bidang pendidikan Islam.

PIMM mempunyai ahli daripada seluruh negeri di Malaysia yang mampu mengembling tenaga dan buah fikiran dalam memastikan semua umat Islam dapat mencapai potensi keilmuan yang tinggi, mempunyai peribadi yang baik, seterusnya menjadi masyarakat Islam yang penuh dengan ketamadunan dan mengamalkan cara hidup yang dirahmati Allah s.w.t.

PIMM mempunyai cita-cita besar dalam membangunkan ummah dengan harapan mampu menubuh sebuah institut penyelidikan Pendidikan Islam sehinggalah wujudnya sebuah universiti yang bertaraf dunia. PIMM mempunyai fokus dalam membangunankan kebajikan, sosial dan Pendidikan.

Saya mewakili seluruh barisan majlis tertinggi PIMM ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan kepada semua yang telah menjayakn perlbagai program yang telah dirancang dan dilaksanakan. Dikesempatan ini, saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat maulidurrasul  1437H.

“Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Islam”