Akademi Imam Syafie:

Akademi Imam Syafie (AIS) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan bermatlamatkan keuntungan yang ditubuhkan sebagai sebuah ikatan Amanah pada Zulqaedah 1429H bersamaan Disember 2008. Sebarang maklumat lanjut atau maklum balas mengenai misi ini, sila layari link yang disediakan http://akademimamsyafie.blogspot.com

Yayasan FAQEH

Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) ditubuhkan untuk membantu komuniti anak-anak kelainan upaya untuk mempelajari Al-Quran dan Ibadah. Visi Yayasan FAQEH ialah menjadi organisasi yang membantu membangunkan generasi Qurani dalam kalangan anak istimewa.  Antara misinya ialah menyediakan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran berkualiti bagi memenuhi agenda pendidikan al-Quran bagi anak istimewa, membangunkan modul atau kurikulum yang berkesan dan memenuhi keperluan anak istimewa, melahirkan modal insan yang mampu mendidik dengan hati, menjalankan latihan dan penyelidikan ke arah memperkasa sistem pendidikan al-Quran berkesan dalam kalangan anak istimewa dan mengumpul dan menyalurkan dana ke arah pembangunan pendidikan al-Quran dalam kalangan anak istimewa. Sebarang maklumat lanjut, sila layari facebook di https://www.facebook.com/YayasanFAQEH

Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam

Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam atau Association of Islamic Education Scholars (AIES) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi mewakili para ilmuan muslim dalam bidang pendidikan Islam. Laman web http://aies.org.my/aies-pengenalan/ dibangunkan bagi mewakili AIES di alam maya. Manakala di laman facebook pula, AIES boleh dilawati dihttp://www.facebook.com/aies.org.my

Combodian Muslim Intellectual Alliance

Combodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) telah diasaskan oleh sekumpulan bekas pelajar yang menuntut di dalam dan luar negara. CMIA adalah sebuah organisasi bukan berorentasikan keuntungan, kecenderungan bukan politik neutral, tanpa mengira warna kulit atau pun agama.Organisasi hanya memenuhi tujuan tertentu untuk kepentingan awam dan ahli-ahlinya melalui program-program yang dilaksanakan seperti program pendidikan, dana waqaf, ibadah qurban, bantuan kemanusiaan, pembinaan pusat Pendidikan Islam di Kemboja. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.cmia-cambodia.org dan facebook di https://www.facebook.com/cmia.cambodia.